Tentang Kursus
Forklift hendaklah digunakan dengan selamat oleh pengendali yang terlatih dan cekap. 25% daripada kemalangan di tempat kerja adalah trak forklift. Oleh kerana saiz dan berat, kecederaan forklift biasanya sangat serius. Kemalangan yang melibatkan forklift selalunya disebabkan oleh penyeliaan yang tidak mencukupi dan kekurangan latihan.
Kursus ini akan membantu dalam pembangunan, penubuhan pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem untuk mengenal pasti potensi penambahbaikan pada Operasi Keselamatan Forklift dan Pemeriksaan Penyelenggaraan yang boleh meningkatkan produktiviti dan reliabiliti . Secara keseluruhan boleh membantu menggurangkan kerosakan forklift.
Setelah tamat kursus, para peserta akan dapat;
- Menekankan kesedaran keselamatan terhadap bahaya di tempat kerja yang timbul daripada penggunaan forklift selaras dengan keperluan keselamatan undang-undang dibawah piawaian Akta OSH 1994 (Akta 514)
- Memotivasikan pengendali untuk menjadi pengendali yang terlatih untuk melakukan yang lebih baik sekali gus menyumbang dalam mengurangkan risiko kerosakan pada beban, peralatan dan dalam kebanyakkan kes, kecederaan manusia.
- Mendidik dan menekankan isu utama yang mempengaruhi operasi trak, seperti pengetahuan mekanikal dan teknikal, kemahiran pengedalian dan tingkah laku pemanduan yang betul
- Kefahaman proses dan praktikal Operasi Keselamatan Forklift dan pemeriksaan.
100% HRD Corp Claimable Course: Skim Bantuan Latihan Khas
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Program Konsultant berikut:
Ms. Joan / email: joan@cfrontier.com / Tel: +6088731570