Corporate Frontier Services

Email

info@cfrontier.com

Call Us

+6 088 731 570

Follow us :

KURSUS KEMAHIRAN PENYELIAAN YANG BERKESAN – Radisson Hotel, Brunei Darussalam

PENGENALAN KURSUS:

Dunia pengurusan telah berkembang begitu hebat dan banyak perubahan telah berlaku hasil daripada desakan, permintaan dan penawaran, ledakan revolusi kualiti dan peningkatan sumber manusia sendiri. Perubahan ini secara langsung telah mewujudkan peluang-peluang baru dalam bidang perniagaan dan pengurusan serta mencabar kewibaan para pengurus, pemimpin, penyelia, pekerja dan masyarakat seluruhnya. Mereka perlu berubah dengan pantas untuk menarik kehendak pelanggan supaya organisasi terus berkembang.

 

Perubahan bukan saja tertumpu kepada corak pengurusan tinggi, pertengahan dan operasi tetapi juga kepada kerjaya penyelia sendiri. Tugas dan peranan penyelia sudah bertukar menjadi jurulatih, penasihat, pembimbing dan fasilitator daripada sebagai ketua atau “boss” yang sudah manjadi sejarah dalam alaf baru.

 

Program 2 hari ini adalah untuk membantu semua para penyelia dari setiap tahap pengurusan memahami konsep, isu, permasalahan dan mencari kaedah terbaik untuk memperbaiki keterampilan diri, organisasi dan kualiti perkidmatan. Program ini difokuskan terhadap cabaran-cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh para penyelia sendiri dan sebagai penyelia bercitra baru, peserta-peserta akan mempelajari 13 Petua Memulakan Tugas secara professional untuk memimpin organisasi. Peserta-peserta juga akan dilengkapi dengan pegetahuan keterampilan pengurusan yang baik dengan 20 Petua untuk Menjadi Ketua Terbaik dan juga 20 Kesalahan Besar Dalam Penyeliaan.

Program ini akan juga mendedahkan bagaimana penyelia itu sendiri menguruskan sepuluh bidang penyeliaan. Di sinilah kemahiran, kewibawaan dan cabaran sebenar terpaksa dihadapi oleh penyelia dalam mengendalikan organisasi secara berkesan, tahu mengurus perubahan, perancangan, pemilihan personel, pembinaan pasukan, membangkitkan motivasi, mengendalikan latihan, memberi pengiktirafan, memimpin subordinat dan diakhiri dengan penyeliaan kerjaya. 

This Course Include

CONTACT INFORMATION

OBJEKTIF KURSUS:

  • Memahami cabaran-cabaran kontemporari yang dialami oleh organisasi dan penyelia di abad ke-21an ini.
  • Membelajari Petua-petua Memulakan Kerja dan Menjadi Ketua Terbaik.
  • Mewujudkan kefahaman kebudayaan korporat “Etika Kerja Cemerlang”
  • Memahami cara-cara mengendalikan fungsi perancangan, organisasi, kepemimpinan dan kawalan di dalam kerja sendiri sebagai Penyelia.
  • Membelajari 10 Bidang Penyeliaan yang berkesan di tempat kerja.
  • Belajar menggunakan model Kurt Lewin “3-Langkah Merancang Perubahan” yang effektif di tempat kerja.
  • Meninjau Langkah-Langkah Dalam Process Perancangan dan Mengapa Perancangan Diutamakan.
  • Memahami Kepentingan Skop Perancangan dan Cara Mengguna Carta GANTT dan PERT.
  • Memahami Kesalahan-Kesalahan Besar Yang Penyelia Lakukan dan Cara-Cara Mengatasi Kesalahan Besar Oleh Penyelia.
  • Mengenali Kumpulan Informal & Kekuatan Mereka dan Cara Memperkukuhkan Kerja Berpasukan serta Cabaran Penyeliaan Kumpulan.