Corporate Frontier Services

ETIKA KERJA CEMERLANG, 30-31 July 2025_Kota Kinabalu

INTRODUCTION

Etika kerja merupakan satu faktor penting bagaimana seseorang itu menjalankan tugas atau
menunaikan tanggungjawab kerja dengan sempurna, jujur dan amanah. Etika kerja seseorang akan
mencerminkan sifat dan karakternya yang melibatkan perangai, sikap, rasa hormat, komunikasi dan
interaksi antara satu sama lain dalam menjalankan tugaan harian.
Organisasi hari ini melihat etika kerja sebagai elemen penting untuk membina komitmen kerja,
kepercayaan, semangat berpasukan dan meningkatkan prestasi organisasi. Etika kerja yang baik
datang daripada nilai moral yang baik dan ia membina profesionalisme di tempat kerja di semua
peringkat dari bawah sehinggalah ke atas organisasi. Ini akan membantu memastikan sumber
organisasi digunakan dengan tekun dan cekap tanpa sebarang pembaziran dan setiap pekerja
mengetahui kepentingan peranan mereka & sumbangan mereka kepada “aktiviti rantaian nilai” atau
“value-chain activities” organisasi mereka.
Program 2 hari ini akan mendedahkan para peserta tentang setiap satu daripada “10 CIRI UTAMA
ETIKA KERJA CEMERLANG” dengan kuliah, latihan, permainan, kajian kes dan pembelajaran
refleksi supaya kesemua 10 ciri penting ini diserap ke dalam setiap peserta. Pengetahuan yang
diperbaharui ini akan membantu mengubah sikap setiap peserta menjadi lebih komited dan berkesan
dalam kerja mereka sambil mempamerkan etika kerja yang cemerlang dan sebagai contoh kepada
rakan sekerja yang lain.

This Course Include

CONTACT INFORMATION

LEARNING OUTCOME

Memahami Etika Kerja dan Teras Etika Kerja Professional.
 Meneroka Nilai-Nilai Etika Kerja Cemerlang.
 Membelajari 18 ETIKA TERBAIK di Tempat Kerja dan Contoh-Contoh
Etika Yang Buruk.
 Mewujudkan kefahaman kebudayaan “Etika Kerja Cemerlang”
 Memahami “Dilema Etika” dan Cara Mengendalikan Dilema Etika di
Tempat Kerja.
 Meneroka mendalam “10 CIRI UTAMA ETIKA KERJA CEMERLANG”
dengan ciri pertama iaitu “Kehadiran Kepimpinan” dan diikuti oleh lainlain
ciri berikut.
 Membelajari 10 PETUA untuk Membangunkan “Kehadiran Kepimpinan”
di Tempat Kerja.
 Meninjau konsep “Organisasi”; fleksibiliti; pengurusan tekanan dan
cabaran perubahan semasa.