Sistem 5S adalah satu konsep “Menjaga Kekemasan Persekitaran Tempat Kerja” yang juga merupakan asas kepada proses penambahbaikan operasi kerja secara berkesan. Persekitaran sedemikian akan menyumbang kepada proses kerja menjadi lebih produktif, cekap dan menjana pelbagai penjimatan termasuk masa, tenaga kerja, kos operasi & kos kecacatan produk rendah.
Bagi menjadikan program ini sebagai “Budaya Kerja Harian” pelaksanaanya perlu mendapatkan sokongan dan komitment tinggi dari semua pihak warga kerja. Mereka adalah bertanggung jawab bagi melaksanakanya secara” company-wide”. Justeru itu, dengan sokongan tersebut warga kerja akan lebih peka untuk membekalkan perkhidmatan kearah memberi kepuasan pelanggan yang berterusan dan selari dengan matlamat untuk mencapai kecemerlangan.
Di akhir program peserta akan dapat:
– Seiri: Sisih (Sort)
– Seiton : Susun (Organize)
– Seiso: Sapu (Cleaning + inspection + baik pulih)
– Seiketsu: Seragam (Standardize)
– Shitsuke: Sentiasa Amal (Maintain)