Etika kerja merupakan satu faktor penting bagaimana seseorang itu menjalankan tugas atau menunaikan tanggungjawab kerja dengan sempurna, jujur dan amanah. Etika kerja seseorang akan mencerminkan sifat dan karakternya yang melibatkan perangai, sikap, rasa hormat, komunikasi dan interaksi antara satu sama lain dalam menjalankan tugaan harian.
Organisasi hari ini melihat etika kerja sebagai elemen penting untuk membina komitmen kerja, kepercayaan, semangat berpasukan dan meningkatkan prestasi organisasi. Etika kerja yang baik datang daripada nilai moral yang baik dan ia membina profesionalisme di tempat kerja di semua peringkat dari bawah sehinggalah ke atas organisasi. Ini akan membantu memastikan sumber organisasi digunakan dengan tekun dan cekap tanpa sebarang pembaziran dan setiap pekerja mengetahui kepentingan peranan mereka & sumbangan mereka kepada “aktiviti rantaian nilai” atau “value-chain activities” organisasi mereka.
Program 2 hari ini akan mendedahkan para peserta tentang setiap satu daripada “10 CIRI UTAMA ETIKA KERJA CEMERLANG” dengan kuliah, latihan, permainan, kajian kes dan pembelajaran refleksi supaya kesemua 10 ciri penting ini diserap ke dalam setiap peserta. Pengetahuan yang diperbaharui ini akan membantu mengubah sikap setiap peserta menjadi lebih komited dan berkesan dalam kerja mereka sambil mempamerkan etika kerja yang cemerlang dan sebagai contoh kepada rakan sekerja yang lain.