Tajuk: Pengurusan Cekap Kelengkapan Elektrik Di Tempat Kerja

Tarikh: 14hb – 15hb May 2018

Tempat: The Waterfront Hotel, Kuching

Tenaga elektrik adalah sumber yang utama dan tenaga yang amat berguna untuk mengendalikan mesin-mesin di tempat kerja. Lampu-lampu, motor-motor, kipas-kipas, penghawa dingin dan alat-alat elektrikal, mekanikal dan peralatan HVAC adalah peralatan yang amat berguna untuk pengguna komersil dan industri. Walaubagaimanapun didapati tenaga elektrik di tempat kerja adalah amat berguna tetapi banyak pembaziran tenaga dengan peralatan elektrik di tinggal dalam keadaan beroperasi walaupun tidak perlu dikendalikan. Pengguna yang bijak biasanya menggantikan kelengkapan elektrik seperti lampu dan motor termasuk kawalan yang kurang cekap dengan peralatan dan kawalan yang tinggi kecekapannya. Kelengkapan dan kawalan cekap akan mengurangkan pembaziran dan kehilangan tenaga dengan membuat pepasangan di tempat kerja cekap tenaga. Kursus ini akan menyediakan peserta dengan pengetahuan kaedah pengurusan kelengkapan elektrik dan kawalan dengan cekap untuk mengurangkan bil elektrik yang kian meningkat di tempat kerja. Kursus ini juga akan meningkat pengetahuan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap dan membantu peserta yang ingin menjadi Pengurus Tenaga Elektrik (PTE) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Joan di talian +6 088 731409/570 atau email terus ke joan@cfrontier.com

Price Based Country test mode enabled for testing Brunei. You should do tests on private browsing mode. Browse in private with Firefox, Chrome and Safari